fbpx
Greta dan beberapa aktivis disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Eleftherios Venizelos di Athens semalam. - AFP

Greta Thunberg tiba di Athens, seru dunia bertindak hentikan genosid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATHENS – Aktivis Sweden, Greta Thunberg tiba di ibu kota Greece, Athens, selepas diusir dari Israel bersama-sama 170  aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang lain, lapor akhbar The Independent semalam.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Eleftherios Venizelos, Greta yang ditemui media berkata, terdapat pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di depan mata dunia.

“Tiada siapa boleh mengatakan bahawa kita (komuniti antarabangsa)  tidak mengetahui apa yang sedang berlaku. Pada masa akan datang, tiada siapa boleh mengatakan bahawa kita tidak tahu ia (genosid) telah berlaku,” katanya.

Tambah Greta, 22, di bawah undang-undang antarabangsa, negara-negara dunia  mempunyai kewajipan dari segi undang-undang untuk mencegah dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai daripada berlaku.

“Ini bermaksud kita perlu menamatkan persekongkolan, mengenakan tekanan dan berhenti membekalkan senjata.

“Namun, semua ini tidak berlaku. Kita tidak melihat walau sedikit pun (pejam mata) ia dilakukan oleh negara-negara kita,” katanya.

Sebilangan aktivis yang pulang ke tanah air memberitahu bahawa mereka didera dan menerima layanan buruk oleh pengawal-pengawal  Israel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI