fbpx
Gambar hiasan.

Dewan Rakyat: Produktiviti tenaga kerja negara naik 2.4 peratus tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Produktiviti tenaga kerja negara mencatat pertumbuhan 2.4 peratus pada tahun 2024, dengan nilai tambah setiap pekerja meningkat kepada RM99,265 berbanding RM96,914 pada tahun sebelumnya.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, peningkatan itu hasil usaha kerajaan mentransformasikan sektor perkilangan ke arah penggunaan teknologi terkini dan automasi.

“Pengiraan produktiviti dibuat dengan membahagikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada jumlah tenaga kerja aktif berumur antara 15 hingga 64 tahun,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Amirudin Shari (PH–Gombak) yang ingin tahu strategi kerajaan menggalakkan syarikat melabur dalam teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti pekerja.

Menurut Chin Tong, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 menjadi antara tunjang utama kerajaan menjadikan sektor perkilangan lebih produktif dan berdaya saing, termasuk sasaran untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), kerajaan turut menetapkan sasaran mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing daripada 15 peratus kepada 10 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja negara,” katanya.

Tambah beliau, antara inisiatif utama yang sedang dilaksanakan ialah Nexus Produktiviti oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi meningkatkan kecekapan dalam 14 sektor utama seperti elektrik dan elektronik, kimia serta farmaseutikal.

“Selain itu, program Smart Tech-Up juga digerakkan untuk memperkukuh kesinambungan inisiatif Industry4WRD, selaras dengan usaha mempercepat transformasi digital industri negara,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI