fbpx
Anwar menghantar pulang Muhammad Shehbaz Sharif yang selesai mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.

Anwar zahir penghargaan lawatan rasmi Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharifserta delegasi beliau atas lawatan rasmi ke Malaysia.

Menurut Anwar, lawatan berkenaan mencerminkan keakraban hubungan dua hala yang sekian lama terjalin, berasaskan saling menghormati dan kepercayaan antara dua negara bersahabat.

“Lawatan ini turut membuka ruang baharu dalam memperkukuh kerjasama strategik merangkumi perdagangan, pelaburan, industri halal, pendidikan dan pertahanan demi kemakmuran, keamanan serta kesejahteraan rakyat Malaysia dan Pakistan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Muhammad Shehbaz Sharif, berlepas pulang hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.

Muhammad Shehbaz berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.50 pagi selepas menerima sambutan perpisahan penuh istiadat termasuk kawalan kehormat oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI