fbpx
Krysta didakwa meninggal dunia kerana gagal keluar daripada Tesla Cybertruck yang terbakar. - Facebook/KTVU

Anak kami masih hidup jika pintu Cybertruck boleh dibuka – Ibu bapa mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PIEDMONT, CALIFORNIA – Seorang pelajar kolej meninggal dunia akibat terperangkap di dalam sebuah Tesla Cybertruck yang terbakar ketika pintu gagal dibuka, demikian menurut tuntutan mahkamah yang difailkan seperti laporan akhbar New York Post.

Krysta Michelle Tsukahara adalah seorang daripada tiga remaja yang maut apabila kereta futuristik itu merempuh pokok dan meletup di Piedmont, California, November tahun lalu.

Ibu bapanya, Carl dan Noelle Tsukahara memfailkan saman berhubung kematian mangsa di Mahkamah Tinggi Alameda County. 

Mereka mendakwa, syarikat Tesla selama bertahun-tahun sedar akan pintu berkuasa baterinya boleh tersekat dalam kemalangan tetapi gagal bertindak.

“Syarikat ini bernilai AS$1 trilion (RM4.2 trilion), bagaimana anda boleh mengeluarkan mesin yang tidak selamat dalam banyak cara?” kata Carl.

Carl sebelum ini memberitahu akhbar The New York Times bahawa jika tidak begitu sukar untuk melarikan diri, anak perempuannya mungkin masih hidup.

Saman setebal 36 muka surat itu mendakwa Krysta yang duduk di tempat duduk belakang, terselamat daripada hentaman berkelajuan tinggi pada awalnya dengan hanya mengalami cedera ringan.

Namun, apabila bateri besar Cybertruck itu terbakar, dia tidak dapat melarikan diri daripada kebakaran ketika kenderaan itu kehilangan kuasa sekali gus melumpuhkan fungsi pintu elektroniknya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI