fbpx
Keadaan treler yang terbalik dan terbakar di KM28 Lebuh Raya Karak, awal pagi tadi.

Hilang kawalan, terbalik punca treler terbakar di Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik sehingga terbakar dipercayai punca kemalangan sebuah treler di kilometer (KM) 27.8, Lebuh Raya Karak, di sini awal pagi tadi.

Dalam nahas pukul 5.30 pagi itu, mangsa yang juga pemandu treler meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 28 tahun memandu treler seorang diri dari Kemaman, Terengganu menghala ke Sungai Buloh.

“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan berat itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik dan terbakar.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan Hospital Selayang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Noor Farah Hanim Abu Bakar di talian 019-3311552 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki rentung selepas terperangkap dalam lori yang dipandunya di Lebuh Raya Karak dari Genting Sempah menuju ibu negara, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Izzat Kamarudin, 28.

Kemalangan itu turut menyebabkan trafik sesak sejauh 10km dari Genting Sempah menuju ke Gombak apabila semua lorong terhalang sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI