fbpx
23 sukarelawan warga Malaysia yang ditahan rejim Israel ketika menyertai misi kemanusiaan GSF sebelum ini, dijangka tiba di KLIA1 malam esok.

Sumud Flotilla: 23 sukarelawan Malaysia tiba di KLIA malam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 23 sukarelawan warga Malaysia yang ditahan rejim Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sebelum ini, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1) malam esok.

Maklumat ketibaan itu dikongsikan pengguna TikTok @mnflegacy yang juga ahli keluarga kepada salah seorang sukarelawan yang juga pelakon, Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana.

“Esok 7 Oktober hari Selasa… pejuang-pejuang kita semua akan pulang ke tanah air, dijangka sampai jam 9.50 malam di KLIA1 ya guys,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok, hari ini.

Sementara itu, Pusat Kawalan Sumud Nusantara turut memaklumkan mengenai penganjuran Majlis Sambutan Kepulangan Wira Sumud Nusantara Malaysia yang akan diadakan di KLIA1 bagi menyambut kepulangan para sukarelawan tersebut kira-kira pukul 9.45 malam.

Pada Sabtu lalu Kosmo! melaporkan, kesemua 23 sukarelawan GSF dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kumpulan aktivis Malaysia itu dibawa menaiki pesawat khas dari Turkiye ke Istanbul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI