PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir serta angin kencang di lapan negeri hingga pukul 5 petang ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda Kedah di Kulim dan Bandar Baharu manakala Perak di Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Amaran turut dikeluarkan untuk Negeri Sembilan di daerah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol manakala di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin,” katanya.
Tambahnya, cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor. – KOSMO! ONLINE