fbpx
KEADAAN motosikal ditunggang mangsa yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Besar Jengka-Jerantut di Maran hari ini.

Penunggang motosikal maut rempuh MPV masuk stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena yang membelok masuk ke stesen minyak di Jalan Besar Jengka–Jerantut di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 pagi itu, mangsa, Muhammad Amirul Hakimee Mohd. Hilmi, 23, yang menunggang motosikal jenis Suzuki FU150 meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah MPV jenis Nissan Serena dalam perjalanan dari arah Temerloh ke Sungai Jerik di sini manakala motosikal dalam perjalanan dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian MPV terbabit telah membelok ke simpang kanan memasuki sebuah stesen minyak sebelum tiba-tiba datang motosikal dari arah bertentangan melanggar bahagian hadapan kiri MPV.

“Akibat kemalangan tersebut penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan dua lorong dua hala dan semasa kejadian cuaca baik dan permukaan jalan adalah kering. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI