fbpx
Antara warga asing yang ditahan imigresen dalam serbuan di tapak penjaja pasar malam di Kajang dan Klang, semalam.

Pasar malam, ‘downtown’ digempur, 97 PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Jabatan Imigresen (JIM) menggempur tapak penjaja bazar (downtown) dan pasar malam yang dipercayai menjadi tumpuan warga asing terutama pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di Klang dan Kajang, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi itu dijalankan susulan aduan awam dan risikan selama seminggu.

Menurut Zakaria, seramai 884 individu terdiri daripada warga asing dan tempatan diperiksa sepanjang operasi dijalankan.

“Hasil pemeriksaan, seramai 97 warga asing terdiri daripada 72 lelaki dan 25 perempuan telah ditahan.

“Kita dapati, sebahagian daripada mereka berselindung di sebalik pas lawatan kerja sementara (PLKS) yang telah tamat tempoh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, kesemua yang ditahan berusia di antara 18 hingga 62 tahun dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Beranang dan
KLIA untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“JIM tidak akan berkompromi terhadap warganegara asing yang menjalankan perniagaan secara haram, tinggal lebih masa dan yang menyalahgunakan pas di negara ini,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI