fbpx
POLIS forensik menyiasat kebakaran sebuah Masjid Peacehaven, selatan Britain. - Foto MEE

Masjid di England dibakar, polis lancar siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sebuah masjid di selatan England menjadi sasaran serangan dengan polis melancarkan siasatan kerana perbuatan khianat dan jenayah kebencian, lapor portal berita Middle East Eye semalam.

Serangan melibatkan beberapa lelaki bertopeng yang dirakam sistem televisyen litar tertutup(CCTV)  cuba menceroboh masuk dan mencetuskan kebakaran ketika sekumpulan jemaah berada  di dalam masjid lewat malam Sabtu lalu.

Pasukan kecemasan dipanggil ke lokasi kebakaran di Masjid Peacehaven  itu sekitar pukul 9.50 malam (waktu tempatan) tidak lama selepas jemaah beredar selepas selesai solat Isyak.

Bercakap kepada media, seorang pemegang amanah masjid itu berkata, masyarakat kini berada dalam keadaan terkejut dan trauma akibat serangan tersebut.

“Ini jelas berkaitan jenayah kebencian. Api sampai ke bahagian utama bangunan berhampiran dewan solat,” katanya.

Sebuah kenderaan milik pemegang amanah masjid yang diletakkan di luar bangunan itu turut dibakar dan musnah dalam kejadian tersebut.

Detektif Kanan Polis Sussex, Karrie Bohanna berkata: “Ini adalah siasatan yang bergerak pantas dan kami menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat untuk melaporkannya kepada kami.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI