fbpx
Zulkifly (tengah) ketika Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Juru arah Utara, Bukit Mertajam, malam tadi. Foto oleh DANIAL SAAD

Majikan dikesan upah warga asing pandu lori kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Tindakan segelintir majikan yang mengambil pemandu warga asing demi menjimatkan kos upah kini mengundang kebimbangan terhadap aspek keselamatan jalan raya.

Perkara itu terbongkar menerusi Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang sepanjang September lalu, apabila tiga pemandu warga Bangladesh, Myanmar dan Pakistan dikesan memandu lori perdagangan berat secara haram.

Pengarah JPJ negeri, Zulkifly Ismail berkata, kesemua pemandu berusia 20 hingga 30-an itu dipercayai diupah bagi mengendalikan lori kontena, lori tipper dan lori kawalan arah berganda untuk perjalanan jarak jauh termasuk dari Perak ke utara tanah air.

“Kenderaan terbabit disita dan notis saman dikeluarkan kerana warga asing tidak dibenarkan memandu kenderaan perdagangan di Malaysia,” katanya ketika ditemui semasa operasi berkenaan di Plaza Tol Juru arah utara, malam tadi.

Katanya, pemeriksaan turut mendedahkan sebuah bas kilang menggunakan nombor pendaftaran kenderaan lain serta beberapa lori yang diubah suai tanpa kebenaran bagi membawa lebih muatan daripada dibenarkan.

Sepanjang operasi sebulan itu, sebanyak 19,191 kenderaan perdagangan diperiksa dengan 1,616 daripadanya dikenakan tindakan dan 26 disita atas pelbagai kesalahan termasuk membawa muatan berlebihan dan tiada lesen vokasional sah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN