fbpx
Kerja pengalihan sebuah lori yang terbakar sedang dijalankan di KM 28 Lebuh Raya Karak.

Lori terbakar, Karak sesak 10km dari Genting Sempah menuju Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Aliran trafik dilaporkan sesak sejauh 10 kilometer (km) dari Genting Sempah menuju ke Gombak susulan kemalangan melibatkan sebuah lori di KM 28 Lebuh Raya Karak, hari ini.

Menurut Astro Radio Trafik, semua lorong di lokasi kejadian terhalang sepenuhnya berikutan kerja-kerja pengalihan sedang dijalankan.

Bagaimanapun, setakat pukul 9 tadi, pihak berkuasa telah membuka lorong kontra dari KM28.8 hingga KM27 kepada pengguna jalan raya.

Pihak polis masih berada di lokasi bagi mengawal lalu lintas dan memastikan kerja-kerja pengalihan berjalan lancar.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki ditemui rentung selepas terperangkap di dalam lori yang dipandunya dalam kejadian di KM28 Lebuh Raya Karak dari Genting Sempah menuju ibu negara, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 4.21 pagi.

Mangsa, Muhammad Izzat Kamarudin, 28, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI