fbpx
Keadaan motosikal mangsa selepas bertembung sebuah kereta di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Jeli dekat Kampung Kala, Gua Musang semalam. Foto PDRM

Lelaki melambung, motosikal bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dia tunggang bertembung dengan kereta di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Jeli berdekatan Kampung Kala di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Abdul Ahman Daud, 42, yang melambung sebelum terjatuh di bahu jalan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Persona dipandu lelaki berusia 42 tahun itu dalam perjalanan dari arah Jeli menghala ke Gua Musang.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, kereta itu dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal Yamaha 135 LC yang ditunggang mangsa.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa melambung sebelum terjatuh di bahu jalan. Kereta tersebut pula terbabas dan merempuh sebuah rumah di tepi jalan.

“Pemandu kereta itu dipercayai masuk ke laluan bertentangan kerana penglihatannya terhalang disebabkan kabus,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen (41)(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN