fbpx
ZIZI Kirana menceritakan layanan kasar zionis sewaktu dalam ditahan bersama delegasi GSF baru-baru ini.

Hijab ditarik, baju bahagian dalam saya digunting – Zizi Kirana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Baju bahagian dalam saya digunting sebab dia tak nak ada baju lain.”

Demikian sebahagian cerita penyanyi juga aktivisis kemanusiaan, Zizi Kirana yang melalui detik hitam ketika ditahan Israel semasa misi Global Sumud Flotilla baru-baru ini.

Kata Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, dia bukan sahaja diperlakukan dengan kasar, dia dipaksa membuka tudung dan stokin sehingga auratnya terdedah. Ketika kejadian, dia hanya mampu berdoa agar rejim zionis itu menerima balasan setimpal atas kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam.

“Apabila nama saya dipanggil untuk masuk ke imigresen, mereka suruh buka stokig dan kasut tapi saya cakap tak nak buka stoking. Namun dia paksa juga, saya kata haram.

“Dia paksa pula buka tudung, saya cakap saya Muslim, haram untuk saya buka hijab. Saya pegang tudung saya sambil ada orang tarik dari belakang, sampai kawan-kawan satu kapal saya menangis, mereka jerit untuk saya kuat.

“Ketika itu saya doa berilah balasan yang paling setimpal dengan kezaliman yang mereka buat dekat seluruh umat Islam di dunia ini,” katanya dalam sebuah temu bual.

Pada masa sama, pelantun lagu Eh itu dengan tenang menghadapi tentera Israel yang mengenalinya menerusi media sosial.

Tidak terhenti di situ, dia juga dipaksa tidak bertudung sepanjang berada dalam penjara.

“Dia cakap nampak saya di TikTok dan Instagram sangat dikenali. Saya tengok saja dengan senyuman sinis walaupun dalam hati cakap ‘Ya Allah, inilah makluk paling zalim dalam muka bumi aku tengah hadap.

“Tapi saya perlu tenang supaya benda itu tak ganggu emosi dan saya tak nak jadi masalah lain yan memudaratkan diri.

“Sampailah sebelum naik bas ke penjara, sekali lagi hijab saya ditarik. Baju bahagian dalam saya di gunting sebab dia tak nak ada baju lain. Kasut dan stoking dah dibuka.

“Sampai ke penjara, dia suruh tukar baju penjara. Di sana kami dipenjara dan betul-betul dia tak benarkan saya pakai hijab,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia sempat bertentang mata dengan tentera Israel dan melihat sendiri ketakutan yang cuba diselindungkan musuh.

“Mereka takut sebenarnya, saya boleh nampak sebab saya bertentang mata dengan mereka. Ada satu masa dalam kapal ruang dah sempit tiada tempat duduk. Saya duduk berhadapan laknatullah dan bertentangan mata.

“Dalam hati cakap, ‘ya Allah tolong hapuskan dari muka bumi.’ Dia pun sampai cakap kenapa saya pandang.

“Saya hanya respons ‘Apa?’ Sebab itu kot dia bagi saya paling akhir keluar dari kapal,” ujarnya lagi.

Semalam, akaun Instagram Zizi Kembali kembali aktif selepas dibebaskan daripada tahanan tentera Israel. Dia berkongsi swafoto berserta ucapan alhamdulillah.

Zizi bersama 22 lagi aktivitis kemanusiaan Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla dibebaskan daripada tahanan Israel kelmarin.

Kesemua mereka dihantar pulang menaiki pesawat komersial dari Israel ke Istanbul, Turkiye bersama aktivitis daripada beberapa negara lain.

Selain Zizi, aktivis lain yang terlibat ialah Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Ardell Aryana, Farah Lee dan PU Rahmat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI