fbpx
GAMBAR fail Gunung Everest. - Foto AFP

Hampir 1,000 pendaki terperangkap di Gunung Everest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KATHMANDU – Hampir 1,000 pendaki terperangkap di Gunung Everest sebelah Tibet selepas ribut salji besar melanda kawasan itu, lapor portal berita The Sun semalam.

Operasi mencari dan menyelamat besar-besaran t dilancarkan awal semalam untuk sampai ke tapak perkhemahan yang terletak hampir 4,876 meter dari aras laut.

Ratusan penduduk tempatan dan pasukan penyelamat dikerahkan bagi membantu membersihkan jalan dengan menyodok salji tebal.

Keadaan berbahaya telah menyebabkan beberapa khemah pendaki runtuh, manakala ada yang mengalami hipotermia akibat suhu jatuh di bawah paras beku.

Setakat ini, belum ada kematian disahkan dan sebahagian pelancong di gunung tersebut telah berjaya dibawa turun, menurut laporan.

Salji mula turun pada malam Jumaat lalu dan berterusan sepanjang Sabtu lepas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI