fbpx
SERAMAI tujuh pemain warisan negara menerima kesan akibat hukuman yang dikenakan oleh FIFA.

FAM perlu halusi secara mendalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) harus meneliti secara mendalam sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekali gus dapat mengelak situasi menjadi lebih buruk hingga memberi impak negatif kepada bola sepak di negara ini.

Bekas Naib Presiden FAM, Firdaus Mohamed, percaya badan induk itu sedang berusaha untuk mencari penyelesaian bagi mengelak situasi bertambah buruk hingga beri kesan tidak baik secara berantai kepada kelab dan ahli gabungannya.

“Saya yakin barisan di FAM itu tengah berusaha untuk memastikan tiada lagi tambahan hukuman yang akan dikenakan oleh FIFA. Itu harapan kita sebagai ahli gabungan sebab apabila berlaku hukuman, di peringkat persatuan negeri dan ahli gabungan pun terkesan.

“Benda ini serius dan saya harap FAM mengambil iktibar dengan apa yang berlaku pada hari ini. Mungkin ini menjadi pengajaran kepada mereka supaya benda ini kita kena teliti, kena perhalusi betul-betul.

“Saya tidak pasti peranan Malaysia NT (pengurusan pasukan kebangsaan) dan peranan FAM sebab saya tidak terlibat. Pada saya sama ada Malaysia NT atau tidak, akhirnya FAM harus dipertanggungjawabkan sebagai badan induk,” katanya.

Sebelum ini, FAM didenda oleh FIFA, manakala tujuh pemain warisan yang dikenakan tindakan sama malah turut digantung daripada aktiviti bola sepak selama setahun

Firdaus menjelaskan usaha yang diwujudkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail adalah perkara baik, tetapi apabila wujudnya dakwaan kesilapan teknikal, FAM kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

“TMJ sudah beri segalanya, jadi pada saya kita kena cari satu penyelesaian supaya bola sepak kita tidak dipandang enteng oleh mana-mana negara terutamanya FIFA. Kita tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi pada akhirnya FAM kena bertanggungjawab,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI