fbpx
SESKO meledak gol dalam perlawanan kedua berturut-turut ketika membantu United membenam Sunderland kelmarin. - AFP

EPL: Talian hayat Amorim bersambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Ruben Amorim mengakui pasukannya bermain dengan cukup baik ketika mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sunderland di Old Trafford kelmarin, namun belum cukup sempurna.

Dua gol pada babak pertama menerusi Mason Mount dan Benjamin Sesko membantu Amorim mengurangkan tekanan ketika jawatannya sebagai pengurus pasukan menjadi taruhan ekoran aksi goyah.

Kemenangan tersebut menyaksikan United meraih kemenangan keempat daripada lapan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris selain ia juga kejayaan ketiga daripada empat perlawanan yang berjaya diraih di laman sendiri.

“Sudah tentu ia sangat baik apabila kami berjaya memenangi perlawanan. Kami tidak bermain baik dalam setiap perlawanan, tetapi kami memiliki peluang selain bertahan dengan baik. Saya fikir penjaga gol (Senne Lammens) melakukan tugas dengan baik dan memberikan kami keyakinan.

“Ia adalah hari yang baik, tetapi belum sempurna. Memenangi perlawanan tanpa bolos sangat penting untuk kami. Setiap pasukan terutama kelab besar perlu menang beraksi di tempat sendiri, tetapi kami perlu sentiasa bermain dengan baik di mana jua,” katanya.

Perlawanan itu juga menyaksikan penggempur utama United, Benjamin Sesko berjaya meledak gol dalam dua perlawanan berturut-turut selepas kemarau dalam lima perlawanan awal apabila melengkapkan perpindahan dari RB Leipzig.

Sementara itu, penjaring gol pertama, Mount mengakui bahawa berita mengenai suasana tidak harmoni di bilik persalinan United adalah laporan yang tidak berasas sambil mengakui semua pemain memberikan sokongan penuh kepada Amorim.

“Kami 100 peratus di belakang pengurus. Kami berdepan beberapa keputusan yang sukar, namun kemenangan kali ini sangat penting. Selepas kemenangan ke atas Chelsea, kami fikir ia menjadi permulaan, tetapi kami kecundang berdepan Brentford.

“Bermula aksi kali ini, kami perlu meningkatkan lagi usaha terutama ketika rehat aksi antarabangsa, kami mahu rentak kemenangan ini kekal,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI