fbpx
KUMARASAN (tiga dari kiri) menunjukan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM

Rumah kedai jadi stor simpan heroin, syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki yang menjadi dalang sindiket ditahan sekali gus membongkarkan kegiatan pengedaran dadah sejak lima bulan lalu di daerah ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, dalam serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Iskandar Puteri itu, pihaknya merampas 14 kilogram (kg) heroin dan syabu.

Tangkapan pertama dilakukan pukul 2 petang melibatkan sepasang kekasih berusia 24 dan 29 tahun yang juga penagih dadah di sebuah stesen minyak di Nusa Bestari.

Susulan tangkapan itu, polis memberkas seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun dan merampas syabu seberat 0.3 gram di Bukit Indah.

“Polis kemudian menahan dalang sindiket itu berusia 41 tahun dalam serbuan ketiga di sebuah rumah kedai dua tingkat di Gelang Patah yang dijadikan stor penyimpanan dadah.

“Dalam serbuan itu, polis merampas lebih 13kg heroin dan 1.1kg syabu bernilai RM168,108,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri, di sini hari ini. Turut dirampas kereta Honda Civic bernilai RM24,000.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI