fbpx
Zizi kembali memuat naik status di Threads selepas lima hari menyepi apabila menjadi tahanan tentera Israel.

Assalamualaikum semua, kalian apa khabar? – Zizi Kirana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Paling dinanti-nanti ramai, penyanyi yang juga aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), Zizi Kirana menjadi perhatian ramai apabila muncul dalam platform Threads hari ini selepas beberapa hari akaunnya sepi daripada sebarang perkongsian.

Menerusi hantarannya, Zizi atau nama penuhnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, hanya memberi salam kepada pengguna media sosial lain dan berharap semua dalam keadaan yang baik.

“Assalamualaikum, hai semua.

“Kalian apa khabar? Sihat-sihat selalu ya,” ujarnya.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai teruja dan menjawab salam yang diucapkan isteri kepada pelakon, Yusuf Bahrin itu.

“Waalaikumsalam Zizi!” balas aktres, Tiz Zaqyah.

“Selamat kembali ke tanah air nanti Srikandi Malaysia!

“Waalaikumsalam, kami bangga dengan jihad awak!” kata netizen.

Difahamkan, hantaran tersebut adalah yang pertama selepas dia menghilang beberapa hari dan kali terakhir aktif dalam Threads adalah sekitar lima hari lalu.

Hari ini, nama Zizi menjadi bualan ramai apabila berkongsi pengalaman hitamnya ketika menjadi tahanan tentera Israel selepas kapal dinaikinya menuju ke Gaza dipintas di kawasan zon merah.

Kongsi Zizi, selain diperlakukan dengan kasar, dia juga dipaksa membuka tudung dan stoking sehingga auratnya terdedah.

Ketika kejadian, dia hanya mampu berdoa agar rejim Zionis itu menerima balasan setimpal atas kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam.

Selain Zizi, GSF turut disertai beberapa selebriti lain seperti Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Ardell Aryana.

Mereka selamat tiba ke Istanbul, Turkiye kelmarin selepas dibebaskan daripada tahanan Israel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI