TERPILIH sebagai Pegawai Pemerintah Baris bagi Perbarisan Tamat Latihan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) Universiti Awam Kali Ke-21 2025 baru-baru ini di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merupakan detik bersejarah bagi Muhammad Arif Hilmi Hisyamuddin. Penghormatan yang diberikan amat bermakna bagi jejaka berusia 22 tahun ini kerana dia menggalas tanggungjawab besar untuk memimpin perbarisan yang melibatkan Kor Suksis daripada 19 universiti awam dengan jumlah anggota 942 orang. Justeru, tidak hairanlah ia menjadi momen yang cukup manis bagi pelajar……