fbpx
Ahmad Samsuri (dua dari kanan) memantau pendaftaran sebahagian pencari kerja di Pusat Cari Kerja Terengganu di Kuala Nerus hari ini.

Terengganu buka Pusat Cari Kerja, kurangkan pengangguran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu membuka Pusat Cari Kerja Terengganu bagi membantu rakyat negeri ini memperoleh peluang pekerjaan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia yang merupakan sebahagian agenda Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC).

“Ia merupakan pusat sehenti yang memberi tumpuan kepada agenda pembangunan tenaga kerja tempatan.

“Bukan sekadar premis temu duga pekerjaan antara majikan dan calon, malah meningkatkan kebolehpasaran rakyat negeri ini menerusi latihan kemahiran dan pendidikan,” katanya selepas merasmikan Pusat Cari Kerja Terengganu di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berharap Pusat Cari Kerja Terengganu dapat memudahkan rakyat negeri ini mencari pekerjaan sekali gus keluar daripada belenggu kemiskinan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI