fbpx
UQASHA berkata ibu mentuanya juga seorang ustazah tetapi bukanlah tipikal wanita konservatif yang suka menilai atau menghukum orang lain.

‘Syukur dapat mentua baik, dia ustazah tapi tak judgemental’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Uqasha Senrose menzahirkan rasa syukur dikurniakan ibu mentua penyayang dan berhati lembut yang sentiasa melayan dirinya seperti anak sendiri.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, menyifatkan ibu kepada suaminya iaitu Kamal Adli sebagai wanita berhati mulia dan penyayang.

“Dia seorang yang sangat lemah lembut.

“Dia suka masak untuk menantu. Kalau kami semua balik rumah mak mentua, dialah orang paling bahagia.

“Dia juga suka tengok kami berkumpul adik-beradik ramai-ramai,” katanya dalam TikTok.

Lebih membahagiakan, pelakon filem Bisikan Dosa itu berkata, ibu mentuanya juga seorang ustazah tetapi bukanlah tipikal wanita konservatif yang suka menilai atau menghukum orang lain.

“Mak mentua saya ustazah, tapi tak judgemental (menghakimi).

“Dia sangat positif dan selalu bagi nasihat dengan cara yang lembut. Setiap kali bercakap dengan dia, hati rasa tenang,” ujarnya.

Perkongsian Uqasha itu segera mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya memuji hubungan akrab antara menantu dan ibu mentua tersebut.

“Seronok tengok menantu dan mak mentua boleh rapat macam ni. Moga berpanjangan kasih sayang mereka,” tulis seorang netizen.

“Bukan semua orang dapat ibu mentua berhati baik macam ni. Uqasha memang bertuah,” kata seorang pengguna media sosial.

“Patutlah makin berseri Uqasha sekarang. Barakah doa mak mentua,” komen seorang lagi pengikut.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan, pasangan sama cantik sama padan itu dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira yang kini berusia hampir 2 tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI