fbpx
Gambar hiasan

Sumud Flotilla: Misi mulia, jangan dipolitikkan – Nie Ching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Kementerian Komunikasi menyeru rakyat Malaysia agar tidak mempolitikkan gerakan Global Sumud Flotilla (GSF) sebaliknya memberi sokongan penuh kepada usaha memperjuangkan inisiatif kemanusiaan global tersebut demi hak rakyat Palestin.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching sehubungan itu meminta rakyat pelbagai latar belakang di negara ini untuk tidak berbalah berhubung perkara tersebut.

Katanya, misi kemanusiaan seperti ini sewajarnya mendapat sokongan padu tanpa berbelah bahagi semua rakyat Malaysia.

“Jangan berbalah, sebaliknya marilah kita sama-sama menyokong usaha ini. Saya rasa semua sukarelawan yang pergi menyertai misi itu adalah satu perkara yang mulia, sangat mulia.

“Jadi biarlah kita semua beri sokongan kepada mereka kerana dalam isu ini tak perlulah politikkan, biarlah kita sokong usaha mereka dan juga usaha-usaha kerajaan dalam membawa pulang mereka semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Run For The Future anjuran I-Jaya Management Sdn. Bhd. di Hutan Bandar Putra Kulai, di sini hari ini. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Senai, Wong Bor Yang.

Sementara itu, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai turut memberitahu pihaknya tidak mendapat sebarang maklumat bahawa terdapat sebarang hantaran media sosial berkenaan GSF diturunkan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI