fbpx
Mohd. Asmawi berlayar ketika misi GSF baru-baru ini. Foto Fecebook Mohd. Asmawi.

Sukarelawan diseksa, dipukul kena buat ‘commando rest’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia, Mohd. Asmawi Mukhtar mendedahkan dirinya mengalami penderaan teruk ketika ditahan oleh pihak berkuasa Israel.

Menurut perkongsian diaplikasi TikTok, Muiz Basabein, Mohd. Asmawi memberitahu beliau bukan sahaja dipukul dan diketuk di bahagian kepala, malah turut dikenakan ‘commando rest’ oleh tentera rejim Zionis.

“Ketika dalam tahanan, kena torture (diseksa) teruk, (kami dikenakan) ‘commando rest’,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd. Asmawi memaklumkan bahawa keadaan kesihatan kini berada dalam keadaan baik selepas dibebaskan.

“Sepanjang tempoh tahanan dan perjalanan di atas kapal, (saya) kehilangan berat badan sebanyak lapan kilogram,” katanya.

Misi GSF sebelum ini berdepan detik cemas apabila kapal yang dinaiki mereka dipintas oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa ketika dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI