fbpx
Fadhlina bergambar pada Program Kempen Jelajah Anti Buli 2025 di Yayasan Aman, Pekan Kubang Semang, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

Rotan murid bukan jalan penyelesaian isu buli – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) menekankan pendekatan mendidik berbanding menghukum murid bermasalah, selaras dengan usaha mewujudkan pembangunan pendidikan secara holistik bagi menangani isu buli.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, hukuman berbentuk rotan bukanlah jalan penyelesaian.

“Barangkali ramai yang tak suka sebab ramai kata ‘rotan je, wajib’.

“Senang sahaja orang cakap rotan, tapi tidak semudah itu. Bagi kita, pendekatan mesti pendekatan mendidik, mesti pendekatan holistik. Kita perlu ambil kira semua aspek pembangunan kanak-kanak ini,” katanya berucap sempena Kempen Anti Buli 2025 anjuran Wanita Keadilan Pulau Pinang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Yayasan Aman, Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Rabu minggu lalu, KPM mengesahkan maklumat tular mengenai insiden seorang murid lelaki tahun empat ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah sekolah di Senawang, Seremban sebelum disahkan meninggal dunia.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, kementerian boleh mengambil banyak keputusan dan intervensi yang tegas bagi membendung gejala buli di sekolah.

“Antaranya gantung sekolah, beri amaran atau buang sekolah, semua kita boleh ambil tindakan itu.Tapi satu perkara kita kena ingat, bila kita gantung budak, kita buang budak, budak-budak ini akan masuk balik sekolah di bawah KPM untuk kita kembali didik mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI