PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir serta angin kencang sehingga 12 tengah hari ini.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah seluruh negeri Perlis manakala di Negeri Sembilan ialah Port Dickson.
Bagi negeri Sarawak, kawasan yang terlibat cuaca buruk ialah Limbang manakala Sabah ialah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kudat),” ujarnya.
Tambahnya, cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh Labuan. – KOSMO! ONLINE