fbpx
Muhammad Shehbaz Sharif ketika bertemu Anwar malam tadi.

PM Pakistan mulakan lawatan rasmi ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif, hari ini memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Lawatan itu merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan pada Oktober tahun lalu, sekali gus mencerminkan keakraban hubungan persahabatan yang sedia terjalin.

Menurut Anwar, pelbagai agenda pertemuan telah diatur sepanjang lawatan berkenaan bagi meneroka potensi kerjasama baharu dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan serta pertahanan.

“Semoga hubungan Malaysia–Pakistan terus subur dan berkembang maju pada masa hadapan, Insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI