fbpx
SENARAI pemain pada senarai panggilan Harimau Malaya kali ini tetap mempunyai keupayaan untuk menewaskan Laos dalam dua aksi bulan ini.

Peluang balas kepercayaan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KALAU tiada rotan, akar pun berguna. Itulah istilah paling sesuai yang disuarakan oleh pemerhati bola sepak tanah air, Prof. Madya Dr. Zulakbal Abd Karim selepas melihat senarai pemain skuad Harimau Malaya menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bulan ini.

Zulakbal yang juga Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menegaskan, pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamosvksi sudah membariskan senarai terbaik dalam misi memburu kemenangan pada dua aksi bertemu Laos nanti.

Kata Zulakbal, tidak wajar senarai kali ini dibandingkan dengan panggilan yang lepas memandangkan tujuh pemain warisan ‘gred A’ Harimau Malaya digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ketika ini.

“Kita tak boleh nak harapkan skuad kali ini menyamai prestasi pemain-pemain yang digantung (FIFA). Ini adalah peluang untuk semua pemain membuktikan kepada peminat tidak memandang rendah keupayaan mereka.

“Kalau tiada pelan A, pasukan kena guna pelan B walaupun secara realitinya, ia (penggantungan tujuh pemain warisan) sedikit sebanyak menjejaskan kita,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Cklamosvksi menyenaraikan 29 pemain yang akan mewakili skuad kebangsaan menentang Laos terdiri daripada 10 pemain berdarah warisan, lima pemain naturalisasi dan bakinya adalah anak tempatan.

Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu turut menyifatkan panggilan penyerang naturalisasi baharu, Jordan Mintah yang mewakili kelab Kuching City FC cukup menarik untuk disaksikan.

Sebelum ini, kem skuad kebangsaan menerima tamparan hebat selepas dibelenggu isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan baharu sehingga menerima hukuman berat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), minggu lalu.

Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang digantung 12 bulan oleh FIFA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN