fbpx
MORIN Yulia disyaki mencuri 24.6 bilion rupiah dari sebuah bank. - Foto DetikJabar

Pegawai bank dicekup gelapkan wang lebih RM6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang bekas pekerja sebuah bank di Cirebon, wilayah Jawa Barat ditahan  kerana didakwa menggelapkan wang sebanyak 24.6 bilion rupiah (RM6.3 juta), lapor laman berita Detik.

Morin Yulia, ditahan pihak berkuasa dan dia didakwa menggunakan sebahagian wang itu untuk membeli kereta, beg dan dompet berjenama mewah seperti Louis Vuitton dan MCM.

Dia bekerja di bahagian pentadbiran dana dan perkhidmatan.

Suspek didakwa menggunakan kedudukannya untuk memproses transaksi palsu supaya tidak dikesan oleh sistem perbankan bagi mengelirukan pihak bank.

Pihak pendakwa raya mendedahkan bahawa wang hasil jenayah itu telah digunakan untuk membeli kereta Hyundai Stargazer, motosikal Vespa edisi terhad, iPhone 12 Pro Max, selain beberapa beg dan dompet berjenama mewah.

“Kes ini terbongkar selepas adanya laporan daripada pihak bank kerajaan. Kami akan terus melakukan siasatan lanjut untuk memastikan sama ada terdapat pihak lain yang turut terlibat,” kata Ketua Pendakwa Raya Cirebon, Yudhi Kurniawan.

Menurut maklumat daripada portal berita DetikJabar, Morin masih menyimpan sejumlah barangan mewah lainnya seperti kereta dan rumah di Purwokerto, wilayah Jawa Tengah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN