fbpx
Fadhlina (berdiri empat dari kanan) bergambar pada Program Kempen Jelajah Anti Buli 2025 di Yayasan Aman, Pekan Kubang Semang, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

KPM pastikan pasukan perubatan siap sedia di kejohanan sukan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi tumpuan memperkukuh aspek keselamatan pelajar dengan memastikan kesiapsiagaan pasukan perubatan di setiap penganjuran aktiviti sukan sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu dilaksanakan secara berterusan bagi menjamin keselamatan pelajar sepanjang penyertaan mereka dalam kejohanan sukan.

Menurutnya, sejak awal lagi KPM turut menekankan kepentingan ibu bapa memaklumkan status kesihatan anak masing-masing yang terbabit dalam aktiviti sukan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Dari aspek kesihatan, anak-anak ini sebenarnya lebih awal kita telah pun peringatkan dan laporan perubatan itu sebenarnya kita minta daripada ibu bapa untuk memaklumkan kepada kita.

“Jadi untuk kehadapan ini, tumpuan kita adalah soal keselamatan keseluruhan, maknanya bergantung kepada yang disebut sebagai jenis sukan itu dan kemudian persiapan sebagai perubatan iaitu menempatkan pasukan perubatan yang pastinya dipersiapkan juga dalam konteks setiap perlawanan.

“Pada masa sama, memperingatkan anak-anak kita dan jurulatih kita tentang keselamatan-keselamatan yang terus kita perlu tambah baik,” katanya ketika diminta mengulas sama ada KPM akan mewajibkan pemeriksaan kesihatan terhadap pelajar yang ingin mengikuti kejohanan sukan.

Kelmarin, media melaporkan seorang pelajar tingkatan empat, Muhammad Fauzan Mohd. Sulaiman, 16, meninggal dunia ketika perlawanan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan 2025 di Ipoh, Perak. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI