fbpx
Orang ramai membanjiri pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu untuk melihat perarakan kereta berhias sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Muhammad V di Kota Bharu malam tadi. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Kereta berhias sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan himpun lebih 50,000 rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Lebih 50,000 rakyat Kelantan hadir menyaksikan perarakan sebanyak 18 buah kereta berhias sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke-56 di sini malam tadi.

Perarakan itu turut disertai Pasukan Bergajah, Pasukan Berkuda diiringi seramai 56 hulu balang, 10 beca berhias dan kumpulan motosikal berkuasa tinggi Kelantan termasuk pelbagai persembahan menarik.

Perarakan kereta berhias berlangsung sepanjang lebih dua kilometer bermula dari Kompleks Kota Darulnaim hingga Stadium Sultan Muhammad IV di sini dengan disaksikan ribuan rakyat yang membanjiri kiri dan kanan laluan.

Perarakan itu disertai Majlis Daerah Tumpat, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, Insititut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia Kelantan, Majlis Daerah Ketereh – Perbandaran Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, Jabaran Kerja Raya dan lain-lain agensi.

Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menyaksikan perarakan tersebut bersama rakyat jelata.

Seorang pengunjung, Shahida Che Kamal, 26, bersama suami, Shamsul Mohd. Nafi, 31, dan dua anaknya datang ke Kota Bharu dengan menaiki motosikal semata-mata untuk melihat perarakan kereta berhias.

“Suami mengajak saya untuk datang melihat bersama dua anak berusia tiga dan tuiuh tahun. Kamimenaiki motosikal kira-kira pukul 7.30 malam dari Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini, bagi mengelak kesesakan jalan raya,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi pengunjung, Hafizi Abdullah, 37, turut datang bersama isteri dan dua anaknya berusia dua dan tujuh tahun selepas lebih 10 tahun tiada perarakan kereta berhias sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI