fbpx
TENTERA Israel menyerang Bandar Gaza kelmarin. - Foto AFP

Israel berdegil, tetap bedil Gaza selepas Trump arah henti serangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR GAZA – Serangan udara dilancarkan Israel di Semenanjung Gaza semalam,  beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa pengeboman dihentikan dengan alasan Hamas sudah bersedia untuk berdamai, lapor saluran berita NBC News.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 66 orang dan mencederakan lebih 250 orang dalam tempoh 24 jam sebelumnya.

Pengarah Hospital Al-Shifa, Dr. Muhammad Abu Salmiya memberitahu NBC News bahawa mayat 54 mayat telah dibawa ke hospital-hospital di seluruh Semenanjung Gaza sejak semalam.

“Jumlah itu adalah termasuk 45 mayat di Bandar Gaza,” katanya. 

Tambahnya, ada yang terbunuh akibat serangan yang masih berterusan, manakala yang lain ditembak ketika cuba pulang ke rumah mereka di kawasan konflik atau ketika menunggu bantuan.

Serangan itu berlaku selepas Hamas kelmarin menyatakan bahawa ia bersetuju untuk membebaskan semua tebusan Israel, hidup atau mati.

Kumpulan pejuang Palestin itu turut menyatakan kesediaan untuk berunding melalui perantara mengenai pelan damai 20 perkara yang dicadangkan Trump.

Dalam satu hantaran di laman Truth Social semalam, Trump menggesa Hamas untuk membebaskan baki tebusan dengan segera atau jika tidak, semua perjanjian akan terbatal.

Seorang pegawai kanan Hamas kemudian memberitahu NBC News bahawa satu delegasi akan berangkat ke Kaherah hari ini, menjelang rundingan yang dijadualkan esok. 

Mereka akan disertai oleh Utusan Khas AS ke Asia Barat, Steve Witkoff dan menantu Trump, Jared Kushner, demikian menurut seorang pegawai kanan White House. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI