fbpx
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor maut selepas terlibat nahas dua motosikal di Kilometer 287.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Ipoh hari ini.

Inspektor IPD Taiping maut nahas dua motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang pegawai kanan polis maut dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Kilometer 287.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Mangsa, Inspektor Muhamad Helmi Hakim Muhamad Raus, 30, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kemalangan membabitkan motosikal Honda CBR350RS yang ditunggang mangsa dengan Honda Waze ditunggang lelaki berusia 34 tahun.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati motosikal ditunggang lelaki Orang Asli itu telah dilanggar dari arah belakang oleh motosikal yang ditunggang pegawai polis tersebut.

“Pelanggaran itu menyebabkan motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu jatuh di atas jalan raya. Mangsa yang cedera disahkan maut di lokasi kejadian oleh paramedik.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permasuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Dalam kejadian itu, penunggang motosikal lain hanya cedera ringan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI