fbpx
Ann terkejut melihat objek angkasa jatuh ke ladang miliknya. - Facebook

Belon gergasi jatuh dari langit, terhempas ke ladang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AUSTIN, TEXAS – Ejen-ejen Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bergegas ke sebuah ladang di Wext Texas Khamis lalu selepas sebuah belon gergasi jatuh dari langit dan terhempas ke ladang tanaman, lapor akhbar Daily Mail.

Belon itu yang merupakan sebahagian daripada misi penyelidikan NASA, jatuh di ladang di daerah Hale berhampiran Edmonton sekali gus mengejutkan penduduk setempat.

Pasangan suami isteri, Hayden dan Ann Walter adalah antara yang pertama melihat objek itu serta menyifatkan ia sebagai belon besar seperti payung terjun yang terapung secara senyap di atas hartanah mereka.

Ann memanggil Pejabat Syerif Daerah Hale yang mengesahkan bahawa objek itu adalah sebahagian daripada eksperimen NASA altitud tinggi tanpa pemandu.

“Mereka berterima kasih kepada saya kerana memaklumkan kepada mereka ketika pasukan NASA sedang mencari objek itu,” tulisnya di laman Facebook. 

Pasukan dari Kemudahan Belon Saintifik Columbia (CSBF) NASA yang diketuai seorang pegawai bernama Garrison, kemudian tiba di ladang untuk mendapatkan belon itu.

Ann berkata, Garrison menjelaskan bahawa peralatan berteknologi tinggi itu naik ke pinggir atmosfera, membolehkan teleskop merakam imej bintang, galaksi dan lohong hitam yang lebih jelas.

Punca belon itu jatuh belum diketahui, namun insiden tersebut berlaku di tengah-tengah penutupan kerajaan AS yang menyebabkan banyak pejabat NASA kosong. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI