fbpx
RAZALI AWANG (Gambar kecil)

Aktivis flotila dikurung bercampur 9 lelaki, wanita dalam bilik kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang sukarelawan Malaysia, Razali Awang mendedahkan mereka diseksa ketika berada dalam tahanan tentera Zionis dengan berhimpit seramai sembilan orang termasuk lelaki serta wanita dan dikurung dalam ruang bersaiz dua kali tiga meter.

Razali, salah seorang peserta Global Sumud Flotilla (GSF) yang juga Perunding Media AlKhair Malaysia mendedahkan mengenai detik mencemaskan itu selepas kapal dinaikinya dipintas dan ditawan tentera rejim Zionis baru-baru ini.

Menurut Razali, kapal kecil yang mereka naiki sepanjang 15 meter dan lebar tiga meter itu terlebih dahulu diserang empat kali dengan meriam air ketika berada kira-kira 43 batu nautika dari Gaza sebelum enam anggota tentera Israel menaiki kapal dan mengambil alih sepenuhnya.

“(Kami semua) enam orang tidur di atas katil, dua di lantai dan seorang lagi terpaksa berdiri hampir 20 jam.

“Ia satu bentuk penderaan psikologi dan cara rejim itu membuli serta melemahkan semangat kami,” katanya.

Tambahnya, mereka turut diancam dengan kapal tentera Israel yang menghampiri pada jarak kira-kira 400 meter dipercayai bagi menimbulkan rasa takut dalam kalangan aktivis kemanusiaan yang ketika itu menuju ke Gaza.

Selepas ditawan, mereka dibawa ke Pelabuhan Ashdod, Israel sebelum ditempatkan di pusat imigresen dan penjara untuk soal siasat lanjut.

Terdahulu, kesemua aktivis termasuk 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan ketika berada di perairan Zon Merah R3, Laut Mediterranean, sebelum dibebaskan hasil rundingan diplomatik Malaysia dengan Kerajaan Turkiye. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI