fbpx
Lapan peserta Malaysia yang menyertai Freedom Flotilla Coalition menuju ke Gaza. - Foto Facebook MyCare

[VIDEO] Freedom Flotilla: ‘Semalam ada dua dron’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua dron dikesan berada di atas kapal Conscience yang dinaiki oleh aktivis dan sukarelawan bagi pelayaran Freedom Flotilla Coalition bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza di Palestin.

Perkara itu dimaklumkan oleh peserta dari Malaysia iaitu Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare, Dr. Fauziah Mohd. Hasan.

“Semalam ada dron, tapi tinggi. Jadi kita tak nampak dron tu dari mana datang. Ia berlegar saja, lepas tu jalan. Setakat ini tidak ada intimidasi teruk.

“Kita bincang mungkin akan ada dengan helikopter sebagaimana sewaktu Mavi Marmara (2010) dulu. Kita bincang dalam semua senario,” katanya dalam satu perbualan dimuat naik pada Facebook rasmi MyCare awal pagi tadi.

Beliau turut memohon doa daripada orang ramai untuk memastikan misi berkenaan berjaya mencapai objektif bagi membantu rakyat di Gaza.

“Pastikan kita berdoa misi mencapai objektif. Fokus sebenar bukan atas misi ini, tapi orang-orang di Gaza yang dianiaya, berlaku genosid dan kebuluran teruk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Delegasi Malaysia, Profesor Emeritus Dr. Mohd. Alauddin Mohd. Ali berkata, keadaan kesihatan peserta semakin baik pada masa ini dengan keadaan laut tenang sedikit.

“Laut tenang sikit, kesihatan masing-masing lebih baik. Kalau semalam ramai yang muntah-muntah dan saya sendiri pun pening kepala.

“Kami dijangka bertemu kapal-kapal Thousand Madleens dan ia berada di depan kami sekarang dan dijangka petang ini saya sampai tempat tu,” katanya.

Beliau berkata, semasa perjumpaan dengan peserta dari Malaysia, mereka turut berbincang mengenai posisi tangan sekiranya didatangi oleh tentera Israel.

“Duduk dan tangan itu kita letak supaya nampak. Supaya tidak ada sangkaan kita pegang apa-apa senjata. Cuma ada cadangkan angkat tangan, tapi angkat tangan ini akan meletihkan sebab masa kita duduk mungkin lama.

“Adalah cara dicadangkan tadi supaya nampak tahan lama (misalnya) posisi berdoa,” katanya.

Media melaporkan, lapan sukarelawan rakyat Malaysia terdiri pakar perubatan, wartawan dan aktivis kemanusiaan menyertai gelombang ketiga misi bantuan kemanusiaan ke Gaza di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG).

Dalam gelombang ketiga ini, sebanyak 10 bot berlepas pada 27 September lalu dari Itali di bawah FFC x TMTG, manakala kapal Conscience dilepaskan di Porto Otranto pada 30 September. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI