fbpx
Gambar hiasan. - AFP

Pelan Damai Trump hanyalah alat penjajahan – Mapim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam keras cadangan ’20-Point Gaza Peace Proposal’ yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dengan menyifatkannya sebagai helah baharu untuk menghalalkan penjajahan Israel terhadap bumi Palestin.

Menurut Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid, rancangan itu bukan pelan damai seperti yang digambarkan, sebaliknya bertujuan memecah-belahkan perjuangan Palestin dengan memisahkan Gaza daripada wilayah asalnya.

Katanya, pelan tersebut mahu menjadikan Gaza sekadar projek kemanusiaan tanpa menyentuh isu utama iaitu pendudukan haram, pembersihan etnik dan penafian terhadap kedaulatan rakyat Palestin.

“Gaza tetap sebahagian daripada Palestin. Ia tidak boleh diasingkan atau dijadikan entiti berasingan. Percubaan seperti ini adalah serangan terhadap perpaduan Palestin,” tegasnya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa akar sebenar kepada konflik di Asia Barat ialah penjajahan Israel yang berterusan, bukan kekurangan bantuan atau pembangunan semula.

“Tiada keamanan selagi tanah Palestin terus dijajah, penempatan haram diperluas dan dasar aparteid Israel dibiarkan,” katanya.

Mohd Azmi turut menyifatkan pelan Trump itu sebagai ‘papan penjajahan, bukan papan perdamaian’ kerana menutup jenayah Israel dengan retorik kemanusiaan.

Sehubungan itu, Mapim menggesa masyarakat antarabangsa menolak sepenuhnya cadangan tersebut dan menuntut penyelesaian sebenar serta mengembalikan hak penuh rakyat Palestin termasuk hak pulang ke tanah air dan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.

“Keamanan tidak akan terhasil daripada penindasan. Keadilan untuk Palestin adalah asas sebenar kepada keamanan sejati,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN