fbpx
Marsha mengambil pendekatan untuk menangguh pelancaran video muzik (MV) lagu Tangan Seorang Pendosa demi menghormati perjuangan aktivis Sumud Flotilla.

Marsha tangguh lancar video muzik, hormat perjuangan aktivis GSF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi popular Marsha Milan mengambil pendekatan untuk menangguh pelancaran video muzik (MV) lagu Tangisan Seorang Pendosa demi menghormati perjuangan aktivis Sumud Flotilla.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Marsha atau nama lengkapnya Marsha Milan Londoh, 40, mendedahkan dia sepatutnya melancarkan MV tersebut pada 3 Oktober.

“Kepada semua peminat dan rakan-rakan yang dikasihi, saya ingin memaklumkan bahawa pelancaran MV Tangisan Seorang Pendosa, yang dijadualkan pada hari ini (semalam) pada jam 8 malam, akan ditangguhkan.

“Pada masa ini, marilah kita bersatu dalam doa untuk memberikan keselamatan, kesihatan yang baik, dan kemudahan kepada rakyat Malaysia dan rakan-rakan dalam Global Sumud Flotilla.

“Semoga Allah melindungi mereka, kekalkan tabah, dan selamat pulang ke rumah dan tanah air, insya-Allah,” tulisnya.

Tindakan penyanyi yang merupakan mualaf itu mendapat pujian ramai di atas sikap keprihatinannya terhadap isu yang hangat diperkatakan di seluruh dunia itu.

“Terima kasih Marsha. Anda memang terbaik. Nanti kami akan tonton beramai-ramai MV Tangisan Seorang Pendosa bila dilancarkan,” komen netizen.

Terdahulu kapal-kapal aktivitis kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang berlayar menuju ke Gaza telah ditawan tentera Israel pada 1 Oktober lalu.

Seramai 23 aktivis dari Malaysia turut menyertai misi kali ini termasuklah Zizi Kirana, Ardell Aryana, Farah Lee, Heliza Helmi dan adiknya Hazwani Helmi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI