PETALING JAYA – Usaha memecah sekatan Israel ke atas Gaza diteruskan dengan penyertaan sembilan lagi sukarelawan Malaysia yang kini belayar bersama-sama armada flotila antarabangsa menuju ke wilayah bergolak itu. Mereka merupakan sebahagian daripada kira-kira 100 sukarelawan seluruh dunia yang menaiki 11 kapal di bawah gabu-ngan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG). Gelombang terbaharu ini menyusul ketika 23 rakyat Malaysia dari misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah ditahan kelmarin. Ia menandakan bahawa suara dunia tidak pernah berhenti……