SEBERANG PERAI – Sebuah kereta dilaporkan hangus terbakar dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Pekan Darat menghala ke Sungai Lokan, Sungai Dua di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun, nasib mangsa serta jumlah individu terlibat masih belum diketahui.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis berkata, operasi menyelamat masih belum selesai dan sedang menunggu pasukan forensik.
Terdahulu, tular satu rakaman video di laman sosial Facebook pagi tadi yang memaparkan kejadian kemalangan maut melibatkan sebuah kereta.
Video kejadian itu dimuat naik berserta kapsyen ‘dilaporkan ada tiga orang di dalam kereta’.
Namun, sehingga kini masih tiada maklumat lanjut mengenai status mangsa terlibat.
Lokasi kejadian merupakan laluan dua hala dan dikatakan dikenali sebagai jalan ‘roller coaster’ oleh penduduk setempat. – KOSMO! ONLINE