fbpx
Gambar fail kebocoran paip gas butana yang berlaku di Kampung Chabang, Kemaman baru-baru ini.

Kebocoran gas butana: Polis puas hati tiada unsur sabotaj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Siasatan polis mendapati kes kebocoran gas butana di tapak pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Kerteh, Kemaman pada dua minggu lalu tidak memiliki sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, siasatan setakat ini berpuas hati insiden paip gas milik Petronas Gas Berhad pecah tersebut bukan disebabkan sabotaj.

“Kita tidak menemukan sebarang unsur jenayah. Begitupun, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kebocoran.

“Sehubungan itu, lokasi kebocoran masih ditutup dan kawalan dilakukan bagi menghalang kemasukan orang ramai,” katanya selepas merasmikan program Taman Angkat Amanita Terengganu di Taman Persiaran Limbungan di sini hari ini.

Kosmo! Online 20 September lalu melaporkan sebuah paip gas betana milik Petronas Gas Berhad pecah di tapak projek Seksyen 5, ECRL berhampiran Kampung Chabang.

Pencemaran gas butana yang berpotensi menyebabkan kebakaran tersebut berjaya diatasi sepenuh selama lima hari.

Mohd. Khairi berkata, kerja-kerja pembaikan paip gas yang pecah itu juga sedang giat dijalankan kontraktor dilantik Petronas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI