fbpx
SEBAHAGIAN penduduk Pokok Sena yang terjejas banjir ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna di Pokok Sena, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

Mangsa banjir di Pokok Sena menurun 91 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

POKOK SENA – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna di sini menurun kepada 91 orang daripada 26 keluarga sehingga pukul 4 petang ini.

Kesemua mangsa terlibat adalah dari Taman Puteri dan Kampung Sungai Durian dalam mukim Gajah Mati, di sini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd. Zain berkata, jumlah mangsa menurun daripada 200 orang pada pukul 8 pagi tadi kepada 91 orang kerana banjir telah surut.

Katanya, kebanyakan daripada mereka telah pulang untuk membersihkan rumah masing-masing.

“APM bersama semua agensi berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis kekal dalam keadaan bersiap sedia terutama di 119 hotspot banjir di seluruh negeri ini.

“Kita juga menasihatkan mangsa banjir agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dan memastikan keselamatan ahli keluarga terutama anak-anak kecil,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI