fbpx
Keadaan keluarga yang masih terkejut serta bersedih ketika menunggu proses bedah siasat dijalankan ke atas anak mereka di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, 2 Oktober lalu. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

JKM beri bantuan psikologi keluarga murid tidak sedarkan diri dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan telah memberikan bantuan psikologi awal kepada keluarga kanak-kanak tahun empat yang ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolah sebelum disahkan meninggal dunia, Rabu lalu.

Pengarahnya, Muhammad Yusry Che Dah berkata, sesi lawatan telah diadakan kelmarin (Khamis) dan keluarga masih dalam keadaan terkejut serta bersedih.

Bagaimanapun menurutnya, pihaknya akan membuat lawatan susulan melalui pegawai psikologi bagi memastikan kesemua ahli keluarga dapat diberi bantuan dari sudut emosi dan lain-lain lagi.

“Pegawai psikologi JKM telah pun menziarahi keluarga ini pada 2 Oktober lalu dan pendekatan bantuan psikologi awal telah digunakan bagi menyantuni keluarga ini.

“Kita dapati ibu bapa mangsa masih dalam keadaan terkejut dan seakan-akan tidak percaya dengan kehilangan anak mereka, namun emosi mereka dalam keadaan tenang dan terkawal,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Rabu lalu, Kementerian Pendidikan mengesahkan maklumat tular mengenai insiden seorang murid ditemukan tidak sedarkan diri di sekolah sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, hasil bedah siasat pada 2 Oktober lalu mendapati punca kematian adalah disebabkan tekanan pada leher dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh badan mangsa.

Polis mengklasifikasikan kes disiasat di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI