fbpx
Mohamad mendengar keterangan dari Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkenaan situasi terkini Misi Global Sumud Flotila Sumud Nusantara di SNCC, Sepang hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

Genjatan senjata terkini Hamas-Israel, bantuan perlu guna jalan darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan agar segala penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan Tebing Barat selepas ini perlu dilaksanakan menerusi jalan darat.

Menurutnya, usaha itu boleh dilakukan susulan perkembangan terbaharu mengenai kesediaan Hamas menerima syarat gencatan senjata atau pelan damai yang di bawa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

“Bersetujunya Hamas dengan bersyarat 20 perkara tersebut maka, perkara yang paling utama kita nak utamakan di Gaza ini adalah menghentikan pengeboman dan menyegerakan bantuan.

“Ini pandangan peribadi saya bahawa apa juga nak kita lakukan (membawa bekalan bantuan) selepas ini elok daripada pintu Rafah, Mesir dan juga pintu King Hussein di Jordan.

“Keutamaan kita ialah membantu rakyat Palestin. Tekanan antarabangsa terhadap rejim Zionis sudah mencukupi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini selepas melawat Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) di sini, hari ini.

Katanya, jika pintu Rafah dan King Hussein dibuka selepas ini, penghantaran bantuan kemanusiaan akan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan teratur.

Mohamad berkata, Malaysia telah bersedia untuk menyelaras misi bantuan berkenaan jika ia dibuka kelak.

“Badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang ingin membantu disaran membuat persediaan awal dan berkoordinasi dengan Wisma Putra supaya urusan dengan pihak berkuasa di Jordan dan Mesir dapat dipermudahkan,” katanya.

Katanya, pendekatan menggunakan laluan darat lebih berkesan berbanding penghantaran melalui laut memandangkan misi flotilla sebelum ini berdepan pelbagai kekangan dan halangan.

Jelasnya lagi, jika pintu darat dapat dibuka, Insya-Allah penghantaran bantuan ke Gaza dan Tebing Barat akan lebih tersusun dan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI