BOURNEMOUTH – Bintang Bournemouth, Antoine Semenyo membuktikan prestasi hebatnya musim lalu bukan kebetulan apabila dia mengekalkan momentum sama pada saingan kali ini.
Terbaharu, Semenyo meledak dua gol untuk memastikan The Cherries menewaskan Fulham 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Vitality Park awal pagi tadi.
Ia adalah jaringan keenam pemain sayap berusia 26 tahun itu dalam tujuh perlawanan EPL setakat ini.
Menariknya, kecemerlangan itu membolehkan Bournemouth melonjak ke tangga kedua dan berkemungkinan kekal dalam kelompok empat teratas dalam aski ketujuh EPL minggu ini.
Pengurus Bournemouth, Andoni Iraola ternyata berbangga dengan aksi ditampilkan barisan pemainnya terutama Semenyo yang sebelum ini dikaitkan dengan banyak gergasi EPL seperti Arsenal dan Manchester United.
“Ia perasaan yang hebat. Kami kehilangan ramai pemain penting, tetapi permulaan musim ini amat positif dan suasana di pasukan juga luar biasa,” kata Semenyo.
Kenyataan Semenyo berasas disebabkan Bournemouth terpaksa menggantikan muka baharu selepas hilang tiga tonggak penting di barisan pertahanan musim lalu.
Ia susulan penghijrahan dua bek tengah, Illia Zabarnyi ke Paris Saint-Germain, Dean Huijsen (Real Madrid) dan pertahanan kiri, Milos Kerkez (Liverpool). – AGENSI