fbpx
Gambar hiasan

Dua ETS tambahan bermula 17 hingga 22 Oktober sempena Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan dua Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan setiap hari bermula 17 hingga 22 Oktober bagi laluan Padang Besar – KL Sentral dan sebaliknya, sempena sambutan perayaan Deepavali tidak lama lagi.

KTMB menerusi kenyataannya, perkhidmatan tren tambahan yang akan beroperasi selama enam hari ini, bertujuan memenuhi permintaan penumpang yang dijangka meningkat pada sambutan perayaan Deepavali.

“Penjualan tiket tambahan tersebut akan bermula pada 7 Oktober ini mulai pukul 10 pagi.

“Tren tambahan ini menawarkan sebanyak 630 tempat duduk sehari, menjadikan jumlah keseluruhan tempat duduk sebanyak 3,780 ditawarkan, termasuk koc kelas perniagaan,” menurut kenyataan KTMB hari ini.

Jadual operasi tren ETS tambahan bagi ETS Padang Besar ke KL Sentral berlepas pukul 11.05 pagi dan tiba 4.30 petang dengan nombor tren 9283.

Bagi ETS dari KL Sentral ke Padang Besar berlepas pukul 5 petang dan tiba pukul 10.20 malam dengan nombor tren 9286.

Penumpang disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile atau laman sesawang rasmi KTMB dan membuat pembayaran menggunakan KTM wallet bagi mempercepatkan proses pembelian tiket.

“Mereka juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan membuat pembelian tiket lebih awal bagi menikmati tambang fleksi yang lebih menjimatkan
serta mengelakkan pembelian pada saat akhir.

“Pengguna juga diingatkan untuk tiba 30 minit lebih awal di stesen kerana pintu masuk akan ditutup lima minit sebelum tren berlepas,” menurut KTMB.

Tambahan perkhidmatan ini bertujuan menampung permintaan yang tinggi semasa musim perayaan, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan trafik bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI