PETALING JAYA – Cuaca dilaporkan cerah membabitkan negeri-negeri di semenanjung hari ini, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).
Bagaimanapun, amaran hujan lebat, ribut petir serta angin kencang dikeluarkan di Sarawak hingga pukul 2 petang ini.
“Cuaca buruk dijangka melanda Sarawak di daerah Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu, Miri (Telang Usan) dan Limbang.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE