fbpx
Jeck Seng ( kanan ) meninjau rumah-rumah penduduk yang dilanda banjir di Kampung Maju Jaya, Pekan Nanas berikutan limpahan air dari sungai berhampiran, di Pontian, Johor, hari ini.

Benteng pecah di Sungai Tanjung Air Hitam di Kulai punca banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Kejadian ban atau benteng pecah di Sungai Tanjung Air Hitam, Kulai baru-baru ini ekoran hujan lebat menjadi punca enam buah kampung di kawasan Pekan Nanas dilanda banjir, awal pagi ini.

Kawasan terlibat ialah Kampung Seri Gambut, Kampung Paya Embun, Kampung Maju Jaya, Kampung Melayu Raya, Kampung Maju Jaya dan Kampung Sepakat Jaya.

Perkara tersebut dikongsi oleh Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng ketika melawat lokasi banjir di Kampung Maju Jaya pagi ini bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Pekan Nanas, Tan Eng Meng.

Menurut Seketeriat Jawatankuasa Bencana Negeri Johor, sehingga pukul 12 tengahari sebanyak 43 keluarga dengan 150 mangsa kini berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS ) di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya.

Jeck Seng berkata, beliau meminta supaya masalah benteng yang pecah di Sungai Tanjung Ayer Hitam, Kulai dibaiki segera bagi mengelakkan kejadian banjir lebih buruk pada musim tengkujuh nanti.

“Saya harap Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Johor mengambil langkah segera bagi membaiki benteng yang pecah itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI