fbpx
Hye-bin menginap di Ubud untuk menyambut hari lahir anaknya beberapa hari lalu. - Instagram

Aktres Korea hilang hampir RM45,000 ketika bercuti di Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Aktres Korea Selatan, Jeon Hye-bin berdepan detik cemas apabila dia kehilangan 15 juta won (RM44,880) ketika bercuti bersama keluarganya di Pulau Bali, lapor saluran berita Kompas TV. 

Pengalaman perit itu dikongsi di platform Instagramnya iaitu akaun @heavenbin83  kelmarin. 

Menurut Hye-bin, kad kreditnya dicuri ketika mereka menginap di Ubud untuk menyambut ulang tahun anak lelakinya. 

“Kad kredit saya dicuri di kawasan ini (Ubud) dan saya kehilangan 15 juta won selepas 10 minit kad itu lesap. 

“Tolong berhati-hati kepada semua orang atau mereka yang ingin datang ke Ubud pada masa akan datang,” tulis Hye-bin di media sosial. 

Hye-bin segera melaporkan kepada polis tempatan untuk siasatan dan tindakan lanjut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN