fbpx
Tangkap layar video memaparkan hantaran oleh Anwar di laman sosial.

23 aktivis GSF dibawa keluar dari Selatan Israel – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 23 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) warga Malaysia kini sedang dalam proses dibawa keluar dari selatan Israel ke Istanbul, Turkiye.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di media sosial memaklumkan, kesemua mereka menaiki pesawat khas hari ini selepas ditahan oleh pihak berkuasa rejim Zionis ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.

Katanya, setibanya di Istanbul, mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah. Teruskan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan mereka kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, 23 aktivis tersebut dilaporkan hilang komunikasi selepas bot dinaiki mereka memasuki zon merah berhampiran perairan Gaza.

Mereka kemudian dilaporkan ditahan dan dibawa ke selatan Israel sebelum proses pembebasan dilakukan melalui saluran diplomatik.

Misi GSF disertai aktivis dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Turkiye, Brazil, Norway, Belanda, Amerika Syarikat dan Sepanyol.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI